PANORAMA MAJLIS PENYERAHAN TUGAS GURU BESAR BARU SKSC
Pada 10.06.2008 merupakan tarikh keramat bagi En Alias b. Ariff selaku guru besar SKSC. Beliau telah ditugaskan menjadi guru besar di sekolah baru iaitu SK Seberang Perak , Kampong Gajah.Beliau telah bertugas di SKSC sejak dari tahun 2004.Manakala tempat beliau di SKSC diganti oleh En Abdul Rahman b. Lodin yang juga merupakan rakan baik beliau.Sebelum ini , En.Abdul Rahman b. Lodin bertugas sebagai guru besar di SK Lambor Kanan , Bota.
Pada masa yang sama , seorang lagi guru SKSC telah bertukar ke SK Semabok Melaka iaitu Puan Ku Nastaim bt.Ku Alit.Beliau telah bertugas di SKSC sejak dari tahun 2006.Beliau yang berasal dari Perlis merupakan guru matapelajaran Sains dan Bahasa Inggeris.
Seluruh warga SKSC berasa sangat terharu dengan pertukaran ini dan mengucapkan ribuan terima kasih serta ribuan kemaafan selama beliau mentadbir SKSC.Begitu juga kepada cikgu Ku Nastaim.Kami,seluruh warga SKSC mengucapkan selamat berkhidmat serta berbakti di sekolah yang baru.
Jasamu Tetap Dikenang.....
GOTONG - ROYONG PERDANA ( RIMUP ) 09.08.2008
Pada 09.08.2008 ( Sabtu ) telah dijalankan Program Gotong - Royong Perdana . Program ini adalah sebahagian daripada Projek ( RIMUP ) dan telah disertai oleh pihak PIBG , ibu - bapa dan juga warga SKSC .
Pihak sekolah terutama Encik Abdul Rahman b. Lodin ( GB ) berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam program gotong -royong ini . Beliau berharap agar program ini dapat mengeratkan lagi hubungan siraturahim di antara pihak sekolah dengan ibu -bapa serta penduduk setempat.
MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN BERBUKA PUASA 2008 ( 25.09.2008 )
kembali ke bilik berita untuk iklan daa...